Saturday 8 December 2012

Ya Allah ... lamanyer Kakchik tak menulis disini. Kakchik mencari-cari apa yang hilang dalam hidup Kakchik selama setahun Kakchik tinggal di utara tanahair ni. Rupa-rupanyer xder apa yang hilang, cuma tersembunyi jer. Kakchik tak intai-intai selalu, tu sebab dia nyorok.
HeHeHeHe ...
Alhamdulillah .. dah jumpa balik ni, Kakchik nak ikat kemas2 dan takkan bagi dia melilau lagi.

Arini Kakchik nak bercerita bab kenduri disini. Uniknyer kenduri disini tak kira hari bekerja atau ujung minggu. Setiap ari ade jer kenduri. Majlis bermula dari pukul 12 tghari sampai ke 6 petang. Ada yang guna khidmat katerer ada yang bergotong royong memasak. Memang meriah majlis kenduri disini. Kalau panjang umur dan Allah lapangkan rezeki dan kalau ade jodoh anak2 Kakchik, Kakchik nak buat kenduri kawen deme disini jer. Buat kecil-kecilan jer. Kalau adik beradik Kakchik tak datang pun xper, jiran2, orang2 kampung ni dan kawan2 ofis En hubby ader untuk memeriahkan majlis. In Syaa Allah.

Minggu depan 17hb, jiran Kakchik nak wat kenduri sambut menantu. Awal2 lagi dah suruh datang tolong dia. Tolong setakat yang termampu dan terdaya.

Ok lah ... Kakchik chow dulu. Mata ngantuk sesangat, gara2 x cukup tido malam tadi. Sepanjang hari dalam perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke P.Pinang ... berpesta.

TATA.

Friday 2 November 2012

Hari Raya Aidil Adha dan anak-anak yang demam

Dah seminggu berlalu. Hari Raya Aidil Adha tahun ni Kakchik kat rumah di Kedah je. Anak Kakchik yang no3 demam. Kelam kabut jugak dibuatnya. Mana tak risau, SPM dah dekat, dia pulak tak sihat. Dah dibawa keklinik masih tak kebah-kebah demamnya. Akhirnya, bila dibawa jumpa Atok di Ipoh, Atok bagi minum air dan sapu muka dia, baru dia ok. Bila sampai di KL, anak bongsu pulak demam. Terbantut aktiviti Kakchik disana. Kakchik ke KL meneman En Hubby, boleh bergilir-gilir memandu. En Hubby ada seminar di PutraJaya. Kakchik pulak ambil kesempatan ronda-ronda di KL. Menumpang tidur dirumah KakLong di Jalan Hang Tuah. Sementelah, Kenanga Wholesale City kat depan rumah KakLong, apalagi, 'window shopping' ler Kakchik di KWC. Sebenarnya nak intai-intai dulu baju raya untuk tahun depan. Memang murah. Terkejut jugak bila tengok harga jubah disitu. Patutla KakLong kata, kalo bulan puasa, berombongan orang datang dari seluruh negara. Hari kedua Kakchik ingat nak tumpang tidur kat rumah anak menakan Kakchik yang bekerja kat HUKM. Lama dah tak jumpa dia. Kebetulan dia baru je sampai di KLIA dari Kota Bharu, Kelantan. Terus datang ambil Kakchik di KL Sentral. Malam tu dia bawa makan nasi Arab di Sri Petaling - Restoran Al Diafah. Memang terbaik makanan disitu. Habis nasi sepinggan. Hari ketiga baru Kakchik pi tidur kat hotel yang En Hubby inap. Anak bongsu masih demam lagi. Esoknya seawal 5 pagi kami dah bertolak balik ke Kedah. Singgah sebentar di Sg Buluh ambil mixer yang Kakchik oder ngan kawan. Sampai di Air Hitam pukul 1.45 ptg, terus hantar anak bongsu ke sekolah, ada program Jaya Waris. En Hubby pulak terus ke ofis, kerja separuh hari. Dah selesai berjumpa cikgu, pukul 5 petang baru balik ke rumah.Penat. Rasa nak tercabut kaki dan tangan. Termakaseh pada semua. Allah jualah yang dapat membalas jasa kalian. Terimakaseh Allah, terimakaseh.

Monday 22 October 2012

Rindu ...

Assalammualaikum wbth ... rindunya kat blog Kakchik ni.
N3 kali ni kakchik nak bercerita pasal hobi Kakchik yang satu ni. Hobi famili sebenarnya. Kumpul setem dan 1st day cover ... seronok membelek dari satu album kesatu album. Yang terbaru koleksi sampul surat hari pertama kunjungan Prince William dan Kate ke negara kita. Sebenarnya masa diaorang kahwin dulu Kakchik ada kirim kat kawan yang duduk kat UK belikan. Dia dah bagi kat seseorang suruh bagi kat Kakchik, tapi orang tu simpan untuk diri dia sendiri. Takpe la kan, takde rezeki Kakchik agaknya. Sekarang adik bongsu Kakchik dah terjangkit hobi ni. Dia dan famili baru je mula membeli setem dan sampul surat hari pertama, gara-gara membelek album setem Kakchik. Kadang-kadang dengan mengumpul dan membelek setem ni kita dapat banyak informasi berkenaan negara kita yang tercinta ni. Dari seremeh-remehnya hinggalah yang sebesar-besarnya peristiwa dan hidupan flora dan fauna. Nanti Kakchik letak gambar-gambar setem tu ya. Kamera ada dengan En. Hubby. Kerja dia memerlukan gambar sebagai bukti bila nak hantar repot kat bos. Untuk N3 esok Kakchik janji, Kakchik letak gambar .....
OK. Tata ... jumpa lagi.

Thursday 30 August 2012

Nyum nyum nyum ....

Hari ni Kakchik masak lala ... comeiiii jer lala kat Kedah ni. Kakchik tumis jer ngan cili masak yg ditumbuk ngan bawang putih dan serai. Lala ni manis .. nyum nyum nyummmm ..
Jap lagi nak goreng ikan sepat masin dan ikan kembung ... cecah ngan sambal belacan + ulam-ulaman .. fuhhhh .. sedapnyerrr ... leleh ayaqliyoq Kakchik ... pehhhhhhh.
ni menu makan malam ...
tengahari tadi makan nasi lemak ... lebihan sarapan pagi tadi.

Tuesday 28 August 2012

1 Syawal ... kenangan terindah.

Ramadhan dah berlalu.
Ya Allah, adakah puasaku, ibadahku, Engkau terima Ya Allah !!!
Tingkatkan imanku Ya Allah.
Peliharalah imanku Ya Allah.
Aku tak berdaya, kecuali dengan pertolonganMu, Ya Allah !!!

1 Syawal pun dah berlalu meninggalkan kita. Puasa sunat 6 hari dibulan Syawal pun belum buat lagi. 
Nak kena minta izin En Hubby dulu. Sebenarnya nak bercerita pasal sambutan hari raya, tersasul ler pulak.
Pada mulanya anak2 seakan tak percaya kami akan menyambut Aidilfitri kat Jerlun ni. Semua terdiam bila ayah menyuarakan hasrat berhari raya disini. En Hubby tak bercuti raya ni. Adik bongsu Kakchik yang duduk kat Butterworth menyuarakan hasrat nak beraya dengan kami. Kerana suami dia bekerja pada hari raya pertama dan kedua. Kami mengalu-alukan. Pintu rumah sentiasa terbuka. Yang paling mengejutkan kami sekeluarga bila Abah (pak mertua) telefon dipagi raya, menyatakan akan berhari raya dengan kami disini. Abah, Kak Long - suami dan anak2 dia, dan 2 lagi anak adik2 ipar sampai petang raya. Meriah sungguh rumah kami. Sungguh Kakchik tak sangka. Memang betul2 meriah. Riuh rendah dengan suara anak2 bercampur dengan suara anak2 saudara. Masing2 berposing untuk fotoshot kat bendang. Maklum ler bebudak bandar masuk kampung. Semuanya terhibur. Abah paling gembira dapat berkumpul bersama kami disini. Banyak betul pengorbanan Abah. Abah berjanji nak datang lagi. Dia suka duduk kat sini. Pagi 3 Syawal baru Abah, Kaklong n famili balik. Datang lagi ya. Kunjungan sepupu En Hubby, Ala n famili, Bang Din n famili, Nita n famili  dan juga Mak Uda (mak saudara En Hubby), Along Yati (kakak sulung Kakchik) n famili, dan famili 'bakal mertua' anak dara Kakchik juga  memeriahkan lagi rumah kami yang dah tersedia kemeriahan dan keriuhannya. Ditambah dengan kunjungan anak2 jiran yang seawal pagi datang beraya. Nasib baik duit raya dah masuk dalam sampul awal2 lagi oleh anak2 dara  Kakchik. Jiran2 pun sama saling kunjung mengunjung. Terimakaseh semua kerana tidak membiarkan kami beraya dalam kesepian.
Terimakaseh Allah ... Terimakaseh kerana masih mendakap kami dengan Rahman dan RahimMu.
ALHAMDULILLAH.

Tuesday 17 July 2012

Ramadhan ...

2 hari lagi, bermulalah ibadat yang diberkati olehMu, Ya Allah.
~~~ Ya, Allah, hantarkanlah diriku kepada bulan Ramadhan dan hantarkanlah bulan Ramadhan kepada diriku dan terimalah ( amalan-amalan ) Ramadhan dariku. ~~~
indahnya !!!
permudahkan urusanku didunia ini Ya Allah ...
TQ Allah, TQ.

Wednesday 4 July 2012

Pindah lagi ...

Hehehe ... merungut anak-anak Kakchik. Kenapa ayah dan ibu nak pindah lagi ?? Ibu dan ayah tak penat ke?? Memang lah penat. Tapi, ibu kesian kat ayah. Jauh perjalanan ayah dari rumah ke tempat kerja ayah. Ayah tak ada ruang waktu untuk berehat. Keluar seawal 6.45 pagi, balik ke rumah 7.30 malam. Lepas solat ayah pasti dah terlelap ... Itu belum kira lagi, kalau ada kes kecemasan di tempat kerja ayah. Kekadang baru je sampai dirumah, ada panggilan dari ofis, terpaksa ke ofis semula. Pukul 2 pagi baru balik. Anak-anak ibu  tak kasihankan ayah kah???
Alhamdulillah, berpindah ke rumah baru ni, dekat je dengan tempat kerja ayah. Cuma baby je yang kurang berpuashati, sebab kena bertukar sekolah. Mana ada sekolah yang nak lihat anak-anak muridnya mundur. Semua sekolah nak dapat anugerah Sekolah Cemerlang !!! Sekarang terpulang pada murid je, nak belajar atau main-main. Ibu faham baby kurang selesa bercampur dengan budak lelaki di sekolah. Maklum lah dari tahun 1 hingga tingkatan 1(6 bulan je) baby bersekolah di Sekolah Convent, yang tentunya semua muridnya perempuan je. Inilah cabaran belajar sebenarnya. Buktikan baby BOLEH.
Bercerita pasal rumah sewa baru ni .... nyaman, tenang, aman damai je perasaan ibu. Tidur pun dah lena, tiada gangguan. Bangun subuh rasa segar je. Ada satu perasaan yang menyatakan .. INILAH TEMPATNYA. Dikelilingi sawah padi dan pokok pelam ... rasa macam tak percaya Kakchik dah duduk kat sini. Terimakaseh Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan. Kekadang kita tak nampak dan tak perasan, tapi itulah kekuasaan Allah.
TQ Allah.
TQ Allah.
TQ Allah.

Friday 15 June 2012

Assalammualaikum wbth ... lama benor x menulis kat blog ni. Dekat 3 bulan x mengetok keypad ni. Bukan merajuk, tapi bzeee bebenor ngan dunia jahitan. Minggu ni bzeee ngan mengemas barang2 nak pindah, tapi sempat lagi njahit sehelai baju kurung pesak... hihi. Minggu depan nak mula nyulam RE semula. Hajat hati nak buat chair-back dan table runner utk dining table. Mudah2an berjaya siapkan sebelum aidilfitri. Pertama kali nak beraya ngan suami dan anak2 kat perantauan. Terdengar juga ditelinga, bisik2 bonda yang mengeluh ... 'saper le nak masak raya nanti' ... Menantu bonda yang 3 orang tu kan pandai memasak ... kerahan tenaga sikit, bonda. Ok le ... teman nak undur diri dulu ... nak zzzzzzzzzzzzzzz.

Thursday 22 March 2012

Abah .... terimakaseh.

Dah lama kakchik tak menulis. Abah bertandang kerumah kami. Seminggu abah dok kat sini. Seronok sangat. Kakchik dah takde Bapak, jadi kakchik menumpang kaseh pak mertua. Kakchik yang banyak meluangkan masa dengan Abah, sebab kakchik je yang ada kat rumah waktu siang. Banyak yang kami bualkan. Dan banyak juga perbincangan ilmiah yang kakchik perolehi dari Abah. Abah jadi imam kat kg dia, jadi banyak sangat nasihat yang dia bagi. InsyaAllah Abah, kakchik akan cuba ingat dan buat. Semalam sebelum balik, masa berbual2 ngan Abah, menitik ayormata dia bila berbicara ... tersentuh hati kakchik, terlalu besar pengorbanan Abah untuk anak2 dia, selepas kehilangan Mak .... al-Fatihah buat Mak dan Bapak, moga tenang disana. Allah ....
Abah dah balik semalam, naik tren ... sedih, kakchik x tau bila lagi boleh jumpa Abah. Terimakaseh Allah, terimakaseh Abah ... terimakaseh yang tidak terhingga untuk kaseh sayang yang tidak berbelah bagi .. amiiinnnn.
ps ... nanti kakchik pos kat entri, gambar Abah semasa di stesen keretapi semalam ... gambar dalam enfon hubby. Lupa nak upload malam tadi.

Tuesday 6 March 2012

tenang, lapang, gembira ....

alhamdulillah, moga redha Allah mengiringi hidup kakchik dan keluarga dalam ketenangan dan kebahagiaan. rutin hidup seharian yang berubah dah semakin sebati dengan jiwa kakchik. tak pernah terduga tentang perubahan ini bila usia dah semakin menginjak senja. itulah ketentuan Allah, tak terbayang dek mata kita. perancanganNya tentu ada hikmah yang tersembunyi. apapun kakchik pasrah dan moga keluarga kakchik juga begitu. dalam dunia ni kita kena redha. apapun yang terjadi tentu bersebab. dan atas sebab itulah kita kena berubah. berubah kearah kebaikan yang pastinya. Allah ada bersama2 kita. percayalah, Dia sentiasa disisi. Dia menduga kita dengan cabaran hebat ni sebab Dia tahu kita mampu menanganinya. usah jemu memohon keredhaanNya. usah jemu memohon keampunanNya. usah jemu berbicara denganNya. jangan pernah memuntahkan perkataan jemu untuk memohon padaNya, jangan sekali2. kerana dengan kasih sayangNya lah kita masih bernafas dan dengan peringatan inilah kita diajak supaya lebih dekat dengan Dia.

bantulah kami Ya Allah. pimpinlah kami agar kami tidak lagi tersesat dalam haluan kami menuju kepadaMu.Ya Allah, tiada daya kami Ya Allah, melainkan dengan pertolonganMu. Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan.... aminn .. aminnn .. aminnn Ya Rabbalalamin.

Thursday 1 March 2012

bila hati berkata ... 'jangan membenci'

Tadi kakchik belik2 enfon, ternampak no fon seorang sahabat lama .. kakchik call, lama tak dengar cerita dia. Dah ada sorang anak rupanya ... dah 6 bulan usia anak dia .. gegurl. hehehe... TAHNIAH dik.
Lama bergebang dengan dia, dekat sejam jugak la. Terkejut dia dengar bila kakchik kata kakchik dan famili dah berpindah ke utara tanahair ... Katanya, dia ada terdengar cerita tentang kekecohan yang berlaku kat ofis lama hubby kakchik, tapi dia tak sangka sampai jadi camni ... Banyak yang diluahkannya, tentang apa yang berlaku pada dia dulu .. lebih kurang sama ler dengan apa yang terjadi pada hubby kakchik, cumanya dia tak sangka, dengan adik beradik pun 'boss' boleh ganyang jugak ... yang sedihnya 'boss2' tu tak mahu bersemuka untuk berbincang ... agaknya takut dengan bayang2 sendiri le tu. Kakchik selalu pesan pada hubby ... lupakan semuanya ... bila kita dah berniat nak berhijrah ... yang lama kita kena buang jauh2 .. jangan dikenang2 lagi. Kakchik pesan kat anak2, selalu2 le call ayah, bagi semangat kat ayah. Kakchik pun kena kuat semangat, kakchik takkan biarkan hubby nampak airmata kakchik tertumpah walau setitik pun kat depan dia. Dan hati kecik kakchik pun berkata ... 'JANGAN ADA BENCI PADA MEREKA' ....
ALLAH kan ada, sentiasa ada bersama2 kita, setiap waktu ....

Tuesday 28 February 2012

bzeee seorang surirumahtangga ...

dah lama kakchik tak menulis ... bzeeee ngan chores ...
idea pun xder nak nulis ..
insyaAllah, esok atau lusa kakchik nulis semula ...
arini sibuk nyiapkan tempahan njahit sambil mem'baking' cupcake utk jualan dikantin.
doakan agar urusan kakchik arini dipermudahkan Allah .. amiinn ya Rabb...

Wednesday 8 February 2012

Antara kaseh dan sayang ....

Berbicara bab hati ni buat kakchik rasa tersayat sesangat ....(tersayat ni maksudnya, hati rasa bagai dicarik2 dan hancur) ...
Bonda, maafkan kakchik ye, kakchik tak bermaksud untuk melupakan apatah lagi untuk tidak memperdulikan bonda. Bonda sentiasa dihati kakchik. Tapi kakchik tak sanggup tengok airmata bonda mengalir setiap kali kakchik balik kampung. Kenapa dia tergamak menengking bonda hanya kerana kakchik balik untuk menjenguk bonda ... manusia hipokrit ... tak layak untuk menjadi adik kakchik dan anak kepada bonda. Tak pernah terlintas ke dihati dia akan dosa yang ditanggung akibat dari perbuatan dia pada bonda ...
kekadang manusia ni pelik ... kerana duit, perempuan dan mengejar harta dunia, sanggup menjadi pengampu terhebat, sanggup melakukan apa saja, hatta memecah belahkan adik beradik dan memutuskan silaturrahim sekalipun.
Maafkan kakchik ye bonda, kalau hariraya tahun ni tak semeriah tahun-tahun yang berlalu. Kalau bonda rindukan kuah kacang, daging masak hitam, ayam masala dan gulai ikan, air tangan kakchik, nanti kakchik kirimkan pada kaklong ye ... tentu bonda rindu nak makan asam pedas kan bonda ....
~~~ sob ... sob ... sob ...

Thursday 19 January 2012

RE ... RE ... RE ...

kakchik berkesempatan belajar RE di Ipoh hujung tahun lalu. Terimakaseh YB Dato'. kakchik memang berminat ngan RE ni dah lama, cuma x tau kat mana nak belajar. Kalau di KL memang banyak kelas. Alhamdulillah, ilmu yg dicurah tidak sia-sia, cuma pengaturan masa yang perlu diselaras .. so minggu ni kakchik praktikkan semula ilmu tu ... hasilnya ... muahhhhhhhssss ... marvelos, kata hubby kakchik .. hehe .. ye ke. nanti dah siap kakchik pos gambar kat blog ni. Gambar RE yg diatas tu bukan kakchik yg buat .. pinjam gambar jer, harap xde yang marah kat kakchik yer.

Friday 13 January 2012

kristal dah mula berkerincing ...

Dah lama kakchik tak buka beg berisi butiran kristal ni. Tetiba minggu ni hati asyik teringat kat kemilau warna-warna kristal. Dalam tempoh seminggu siap 3 jenis rantai tangan kristal ... hadiah untuk kekanda yang jauh di selatan tanahair ... tulisan dan teguran dia banyak yang menyentuh hati, membuatkan kakchik banyak berfikir dan berubah. Walaupun sedikit perubahan yang berlaku, moga kilauannya akan terus menyinar dan memberi manafaat pada yang berada disekeliling kakchik. Terimakasih kekanda ... seorang guru yang mursyid.

Friday 6 January 2012

42 hari sudah berlalu ...

Alhamdulillah ... dah sebulan lebih bermastautin disini. Sedang cuba meng'adjust' hari cuti hujung minggu yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Cuti hari Jumaat ni seronok jugak kan .. tak la terkejar-kejar dengan tugas mengambil anak di sekolah dan memasak didapur. Nak kena ubah menu makan malam. Tak bolah makan nasi jer. Berat dah bertambah ni. Kena makan yang ringan-ringan dan menyihatkan. Moga kakchik akan terus istiqamah dalam merealisasikan impian dan harapan.

Thursday 5 January 2012

HIJRAH dan kehidupan ....

1 Muharram ... bermula kehidupan kakchik dan keluarga di bumi yang hijau dan damai di utara tanahair. Seronok bila menjengok di kedai makan, pagi-pagi lagi dah ada jual nasi putih dan lauk pauk beraneka jenis. Harapan kakchik, jarum emas dan kuali tembaga kakchik dapat berfungsi dengan baik dibumi ini. Walau secubit rezeki yang Allah beri, biarlah berkat.