Saturday 12 April 2014

Assalamualaikum wbth ..
Alhamdulillah ... result final semester kakngah amat membanggakan ibu dan ayah.
Sekali lagi kakngah buktikan dia kuat semangat dan teruskan kehidupan walaupun kehilangan orang yg disayangi.
Sekali lagi 4 flat ... ibu dan ayah pun x sangka result dia sebaik ini.
Kegembiraan kakngah adalah kegembiraan kami sekeluarga.
TAHNIAH  anakanda kesayangan ayah. Jangan lupa agama dan akhlak.
Oklah .. nanti kita pi bercuti ke Krabi.
Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup kakngah yang seterusnya.
Kami tidak berdaya kecuali dengan pertolonganMu. Samada dia nak sambung study atau bekerja .. kami berserah padaMu untuk menolong dia memilih mana yang terbaik untuk dia.
Kami sentiasa dibelakang menyokong setiap tindakan yg baik oleh anakanda.
Sekali lagi TAHNIAH
Terimakaseh Allah
terimakaseh ...

Wednesday 9 April 2014

Assalamualaikum  ...
kakchik akan cuba menulis sekurang2nya 2 kali seminggu.
musim bunga di kedah ni baru jer berlalu .. indah sangat ... nikmat melihat sendiri bunga2 angsana pink dan putih mewarnai pemandangan dimerata tempat. Memang terpukau dibuatnya. Terimakaseh Allah, terimakaseh.
Kakchik suka dok dikedah ni. Tapi kalau ditakdirkan en kekaseh terang diarahkan bertukar ke Terengganu, lagi kakchik suka .. hihihi. Kita tunggu jer ler sampai ujung tahun ni. Banyak benor khabar2 angin yang bertiup .. Tapi kalo dapat berhijrah ke K****  lagi bagus ... bior jauh dari kekecohan dan keangkuhan ...
Ok .. tata ...

Monday 31 March 2014

Assalamualaikum wbth ...
uhhhh ... lamanya tak menulis disini ...
sawang .. sarang burung .. sarang semut .. sarang lebah .. semua ada .. hehehe.
nasib bek bewak x buat sarang kat sini ... kuikuikui.
apa la kakchik ni merapu meraban tengahari rembang ni.
sebelum ke skul ambik si diva grumpy ... lately grumpy menjadi2.
ntah nape sentap lebih2 lak dia ... cuti skul baru ni dah bawak dia dan kakngah ke bandung ... masih sentap lagi. Agaknya dia penat dgn sukan hoki dan tusyen. Mmg agak bzeee bulan ni utk dia .. mssd hoki dan tusyen yg terpaksa dihadiri demi masa depan dia ...
kakngah pulak ... asyik ngadap citer korea .. kelas memandu kereta hingga hujung bulan ni. Lepas ni dia pulak jadi driver adik dia. Itupun kalau kerja x panggil lagi .. huhu.
nak berehat 2 bulan katanya ...
badan dah semakin montel ..
kekadang kesian jugak tengok dia .. masih terkenang arwah tunangan yg telah dijemput Allah pada September 2013.
sokongan padu dan doa dari kami sekeluarga dan juga keluarga arwah sentiasa mengiringi dia. Moga satu hari nanti pintu hati dia akan twrbuka untuk menerima kehadiran lelaki lain.
okay stop kat sini dulu ... nak pi skul sat .. tata.

Friday 14 June 2013

bzeeeeeeee ngalahkan sang lebah ...

hehehehe ... apa la kakchik ni, bzeeee bebenor. lama x jengok blog ni. dah penuh ngan sawang jerrrr. jappp nak bersihkan sawang dan sapu sampah ....
ok ... dah bersih.
kecoh peristiwa bulan mei .... bior ler berlalu, x nak kenang2 dah. kakchik dah maapkan semua. cuma terkilan, sampai la, depa x call kakchik. kakchik pun x tau apa sebenornyer yg terjadi masa di chowrasta tempohari ... perlu ke guna bebudak utk tarik simpati orang lain ... ngehngehngeh ...
berita gembira buat kakchik n en hubby yg pengaseh, anak sulung dah dapat kerja ... Alhamdulillah.
anak no 3 dapat sambung belajor kat GMI, bangi ... syukur ( walau banyak mulut yg ngata, nape x nak belajor kat IPTA, murah)... bior ler, dia yang nak belajor. *angan2 * dia tinggi, nak belajor ke luor negara. kakchik sentiasa doakan yg terbaik buat anak2 ... pilihan ditangan mereka.
kak ngah pun dah nak habis belajor ujung tahun ni ... moga dapat anugerah dekan lagi semester ni. katanya nak sambung buat degree di UKM / UM ... moga Allah permudahkan semuanya buat anak2 kakchik ... doa kakchik  x pernah putus buat mereka ... kerana doa jer senjata yg kakchik ada ... moga semua anak2 kakchik terus-terusan mendapat HIDAYAH dari ALLAH. jangan mudah berputus-asa. jangan mudah menyerah kalah sebelum berjuang ...
raya tahun ni, sekali lagi kami beraya diperantauan ... en hubby janji ngan anak2 nak beraya di Langkawi atau di Thailand ... ermmm ikutkan jer lerrr ... nanti orang x nak bawak ... padan muka, nangis sorang2 kat rumah dipagi raya ..... kihkihkih ...
ni ntah bila ler pulak nak update blog lagi ni ... selalu lupa ... Allah ...
assalammualaikum wbth .......

Monday 11 March 2013

jimba-jimbi x menjadi

hujung minggu yang amat membosankan ...
sekolah ganti hari sabtu ...
hari ahad dah mula hari persekolahan ...
kakchik duduk rumah sorang2 ... ah cho balik ipoh jumpa kenkawan.
selalunya dia lah yang layan kakchik berborak dan berdebat ... kehkehkeh.
bila dah bosan, mulalah oven dan kukusan pun panas jer ... semalam masak moist chocolate cup cake. arini masak apam polka-dot-dot ... esok tak tau lagi ... mungkin bun sardin.
malam ni masak mentarang masak lemak cili-api ... woot-woot-woot.
sebenarnya kepala dah berpusing 180* ... twinkle-twinkle biggest star pun dah boleh nampak.
tangan dan kaki masih bengkak-bengkak lagi ...

Monday 21 January 2013

memasak dan memasak dan memasak ...

hari ini kakchik dapat 2 resepi baru ... esok beli barang dan cuba buat ...
terimakaseh pada teman2 yg suka berkongsi resepi ..
terimakaseh Allah .. terimakaseh ...

Tuesday 15 January 2013

kejap ada kejap takde ....

Assalamualaikum wbth...
cam biskut pulak kakchik ni ...
hehehe ...
hari silih berganti .. bulan bergenjak dan tahun baru pun menjenguk ...
~~~ damai ~~~
itulah ungkapan yang dapat kakchik sebutkan disini.
banyak yang kakchik pelajari dinegeri yang jauh di utara ni.
suka dan duka silih berganti .. itukan dah ketentuan Allah. Mana boleh nak nikmat jer tanpa merasa kepahitan dan keperitan.
bila dah pindah ke sini airmata dah jadi 'mahal' pulak.
agaknya sebab kakchik dah tutup rapat-rapat ingatan pada peristiwa yang mengguris hati kakchik.
biarlah apa orang nak kata ... kakchik buat hal sendiri dalam dunia yang serba indah ni. Allah sentiasa ada disisi.... ngadu jer pada Dia, sembang-sembang ngan Dia, puji dan puja Dia ... kan terapi minda tu.
satu lagi, semenjak mengamalkan teknik memuji gaya Rasulullah ni, hati makin tenang.... itulah impak yang terjadi pada kakchik ~~ DAMAI ~~
Oh ya ... anak-anak bujang kakchik dah tamat belajar. Yang sulung baru jer menamatkan pengajian di UTP. Sekarang bekerja sementara di kedai komputer. Bujang no3 baru selesai SPM. Sekarang bekerja jadi pakgad. Biarlah mereka cari pengalaman hidup. Sekurang-kurangnya poket deme berisi nak 'top-up' handphone.
Doakan kakchik dan keluarga terus istiqomah dalam menuju kejalan yg lurus.
Yang indah dan benar itu dari Allah....
Yang jelek dan buruk itu datang dari diri ini yang masih ingin terus belajar dan belajar hingga ke nafas yang terakhir .....