Friday 2 November 2012

Hari Raya Aidil Adha dan anak-anak yang demam

Dah seminggu berlalu. Hari Raya Aidil Adha tahun ni Kakchik kat rumah di Kedah je. Anak Kakchik yang no3 demam. Kelam kabut jugak dibuatnya. Mana tak risau, SPM dah dekat, dia pulak tak sihat. Dah dibawa keklinik masih tak kebah-kebah demamnya. Akhirnya, bila dibawa jumpa Atok di Ipoh, Atok bagi minum air dan sapu muka dia, baru dia ok. Bila sampai di KL, anak bongsu pulak demam. Terbantut aktiviti Kakchik disana. Kakchik ke KL meneman En Hubby, boleh bergilir-gilir memandu. En Hubby ada seminar di PutraJaya. Kakchik pulak ambil kesempatan ronda-ronda di KL. Menumpang tidur dirumah KakLong di Jalan Hang Tuah. Sementelah, Kenanga Wholesale City kat depan rumah KakLong, apalagi, 'window shopping' ler Kakchik di KWC. Sebenarnya nak intai-intai dulu baju raya untuk tahun depan. Memang murah. Terkejut jugak bila tengok harga jubah disitu. Patutla KakLong kata, kalo bulan puasa, berombongan orang datang dari seluruh negara. Hari kedua Kakchik ingat nak tumpang tidur kat rumah anak menakan Kakchik yang bekerja kat HUKM. Lama dah tak jumpa dia. Kebetulan dia baru je sampai di KLIA dari Kota Bharu, Kelantan. Terus datang ambil Kakchik di KL Sentral. Malam tu dia bawa makan nasi Arab di Sri Petaling - Restoran Al Diafah. Memang terbaik makanan disitu. Habis nasi sepinggan. Hari ketiga baru Kakchik pi tidur kat hotel yang En Hubby inap. Anak bongsu masih demam lagi. Esoknya seawal 5 pagi kami dah bertolak balik ke Kedah. Singgah sebentar di Sg Buluh ambil mixer yang Kakchik oder ngan kawan. Sampai di Air Hitam pukul 1.45 ptg, terus hantar anak bongsu ke sekolah, ada program Jaya Waris. En Hubby pulak terus ke ofis, kerja separuh hari. Dah selesai berjumpa cikgu, pukul 5 petang baru balik ke rumah.Penat. Rasa nak tercabut kaki dan tangan. Termakaseh pada semua. Allah jualah yang dapat membalas jasa kalian. Terimakaseh Allah, terimakaseh.